Nama Pameran
:
Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) 2016
Tarikh
:

15 dan 16 November 2016
(Selasa dan Rabu)

Tempat
:
Dewan Besar, PKKSSAAS
Universiti Putra Malaysia
43400 Universiti Putra Malaysia,
Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Anjuran
:
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM
Sasaran Pengunjung
:
Pihak industri, pelabur, penaja geran, pelajar sekolah/matrikulasi/ kolej, pihak media, warga institut pengajian tinggi/institut penyelidikan, agensi kerajaan dan orang awam.
Bilangan Pameran
:
200 teknologi pelbagai bidang
Info
:
 

Universiti Putra Malaysia telah berjaya menganjurkan pameran dan pertandingan reka cipta penyelidikan kepada penyelidik di UPM hampir setiap tahun sejak tahun 1997. Sebanyak 400-500 penyelidik telah menyertai pameran ini setiap tahun. Pameran ini kemudiannya dikenali sebagai sebagai Pameran Reka cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) bermula pada tahun 2005.

Penganjuran Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) merupakan platform untuk mempamerkan hasil penyelidikan dan inovasi UPM bagi membuka peluang pasaran dan jaringan kepada industri/pemberi dana/umum. Ia juga telah menjadi medan saringan kepada penyelidikan di UPM sebelum layak untuk menyertai pertandingan penyelidikan di peringkat yang lebih tinggi. PRPI juga adalah antara pameran pertandingan yang paling lama penganjurannya di kalangan universiti lain di Malaysia dan telah menjadi contoh bagi penganjuran seumpamanya di universiti lain.

Penghakiman PRPI dilaksanakan menggunakan khidmat juri yang pakar di dalam bidang masing-masing daripada IPTA/IPTS, institusi penyelidikan dan industri di seluruh Malaysia. Juri ini juga kebiasaannya turut menjadi hakim bagi pameran dan pertandingan penyelidikan di peringkat kebangsaan seperti Malaysia Technology Expo (MTE), International Invention, Innovation and Technology Expo (ITEX), Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institut Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) dan BioMalaysia.

 

OBJEKTIF PRPI 2016
    • Menyebarluas pencapaian penyelidikan fundamental di Universiti Putra Malaysia ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
    • Memupuk minat dan keyakinan penyelidik untuk mencapai kecemerlangan penyelidikan, penulisan dan kegiatan penerbitan yang berimpak tinggi;
    • Mengenal pasti penyelidikan yang berpotensi untuk diketengahkan dalam pertandingan/pameran berprestij di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
    • Menjadi platform yang tepat kepada penyelidik untuk mendapatkan maklumbalas pengguna/industri bagi menjayakan penyelidikan dan mewujudkan “value creation”hasil pengkomersilan dari penyelidikan yang berjaya;
    • Memantapkan status Universiti Putra Malaysia sebagai sebuah Universiti Penyelidikan yang terkemuka.
KATEGORI PERTANDINGAN DAN PAMERAN
  1. Agriculture and Food (Pertanian dan Makanan)

  2. Applied Sciences and Engineering (Sains Gunaan dan Kejuruteraan)

  3. Biosystems and Biotechnology (Biosistem dan Bioteknologi)

  4. Business, Economics and Governance (Perniagaan, Ekonomi dan Gavernan)

  5. Environment and Energy (Alam Sekitar dan Tenaga)

  6. Forestry and Biodiversity (Perhutanan dan Biodivesiti)

  7. Humanities and Nation Building (Kemanusiaan dan Pembangunan Nusa Bangsa)

  8. Halal Sciences and Management (Sains Halal dan Pengurusan)

  9. Health & Well Being (Kesihatan dan Kesejahteraan Hidup)

  10. Mathematical Sciences and ICT (Sains Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi)

  11. Materials Science and Technology (Sains dan Teknologi Bahan)